Saiful Bukhari Muncul Lagi | Mahu saman Anwar Ibrahim, Tuntut Ganti Rugi Sebanyak 50 Juta | Di saat kemelut yang dasyhat di Selangor, tiba-tiba muncul lagi si Saiful Bukhari. Bila agaknya game ini akan berakhir. Fitnah akhir zaman ini semakin dasyhat, kalau kita fikirlah kedua-dua mengemukakan idea yang sama iaitu saman menyaman.Aku dah jemu dengan Politik kat Malaysia nie..Rafizi dengan tuduhan-tuduhan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, Saiful Bukhari dengan cerita bontot ajerr. Inilah akibatnya meninggalkan hukum hakam Allah dalam berpolitik.
Disebalik kisah bodoh dan fitnah menfitnah yang dimainkan , yang paling untung sekarang ini adalah parti pemerintah yang ditunjangi UMNO, senyap seribu bahasa, bijak mengambil peluang dalam kekalutan ini. Hoi x ingatkah rakyat tahun depan GST akan dilaksanakan, harga barangan melambung tinggi, insuran makin mengarut, hutang dikalangan rakyat Malaysia antara yang tertinggi di Asia..Keperluan asas jangan cerita laa, rumah mana boleh beli dah, paling murah 300k di lembah kelang, penjenayah rompakan bermaharajalela..grrr
SHAH ALAM - Bekas pembantu peribadi Ketua Umum PKR, Mohd Saiful Bukhari Azlan memfailkan saman RM50 juta terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menuduhnya memfitnah dan berkonspirasi dalam kes liwat membabitkan dirinya.
Menurut peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd Saiful pada pengurusan kes saman itu hari ini, Timbalan Pendaftar menetapkan 8 Oktober depan sebagai pengurusan kes.
Tambahnya lagi, mahkamah memberikan arahan supaya Anwar memfailkan pernyataan pembelaan dalam masa tiga minggu.
Ketua Pembangkang itu sebelum ini mengaku tidak bersalah meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Anwar berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan sekiranya disabitkan bersalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian